https://chikraighotoops.com/4/4629674
Latest Music News And Movie News
KUALA NERUS: Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia semakin terasa buat peminat Terengganu FC (TFC) selepas 35,300 keping tiket habis dijual dalam masa kurang empat hari.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain, jumlah jualan tiket berkenaan membabitkan semua empat kategori iaitu GA50, GA70, PG150 dan VIPG200.
Beliau berkata, sambuta baik itu diterima ketika tempoh jualan awal dibuka kepada pemegang kad keahlian TFC dan pas bermusim selama ntiga hari bermula 28 November.
“Dengan jumlah tiket daripada MFL itu, kami buka jualan secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pemegang kad keahlian TFC dan pas bermusim yang boleh membeli lebih awal.
“Selepas jualan tiket dibuka kepada penyokong biasa pada 1 Disember pukul 3 petang, baki tiket yang dijual ‘licin’ tidak sampai 24 jam dan situasi ini sama seperti final Piala FA tahun lalu.
“Pihak pengurusan kelab menghargai sokongan daripada peminat setia TFC dan berharap dapat menyajikan persembahan terbaik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat ini,” katanya.-UTUSAN